Pasangan beregu Pearthin mara ke separuh akhir terbuka Hong Kong
Sabah: Beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan dan Thinah Mularitharan meneruskan misi menempah tiket ke final terbuka Hong Kong selepas menumpaskan pasangan Korea Selatan yang juga pilihan pertama kejohanan, Baek Ha Na - Lee So Hee di terbuka Hong Kong sebentar tadi. Pasangan negara itu menewaskan beregu Korea Selatan itu dengan kemenangan tiga set yang berlansung selama 1 jam 14 minit dengan keputusan 22-20,17-21,21-15. Dengan kemenangan itu,pasangan Negara ini menanam impian untuk muncul juara sekaligus menebus kekecewaan selepas kali terakhir layak ke kejohanan itu pada september tahun lalu.